Like! Thanks ^_^

Tuesday, July 21, 2020

Pengalaman Temuduga Biasiswa Gamuda (for Degree)

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua!
Dah lama sangat kan Cik tak update post.Hehehe..Maklumlah busy dengan study. Lagipun Cik memang jarang update tu pon setahun sekali je.hehehe..

Source: https://www.facebook.com/GamudaScholarship/


Ok la. Back to the topic! Btw, Cik ada apply for Gamuda Scholarship for degree. Tapi untuk peringatan, pengalaman ini hanya pada tahun dimana kita dilanda COVID-19 so, semuanya online. Jadi jika ada yang bertanya tentang temuduga bersemuka Cik tak mampu la menjawabnya. 

Firstly, Cik apply Gamuda Scholarship dalam bulan 3 atau bulan 4 .Sorry Cik pun dah terlupa. So, korang boleh la selalu check dekat website ini : https://biasiswa.index.my/ bila GAMUDA open application.

Then, Cik dapat email selepas 2 minggu apply selepas tamat tempoh application, mengatakan Cik layak untuk temuduga online. So, tak payah la susah-susah nak pergi temuduga kan. Hehehe.. Tahun ini mereka gunakan SKYPE as a medium for interview. So, Cik di temuduga oleh seorang Senior Engineer Gamuda. Dah la Cik cuak gila sebabnya Cik tak boleh guna camera laptop for SKYPE. Maklumla Cik tak pernah guna SKYPE. hahahah.. Sebab interview ini kena nampak muka. So, Cik guna la phone. Alhamdulillah boleh guna. Memang lagi cuak la kan bila dh nampak muka. πŸ˜… So, soalan yang ditanya kepada Cik:

1. Could you please tell me about your family background? (tips: cerita pasal diri n family including parents occupation)

2. As you are not a 1st year student, (Cik 2nd year) could you please tell me subject that you like and why? (tips: cerita sahaja fav subject korang time last sem, bagi tahu sebab)

3. What activity that you joined / extracurricular activity (tips: volunteering sangat membantu so, korang kena masuk at least 1 volunteering activity sebab Gamuda nak tengok korang boleh bagi apa kepada society then, jangan cerita benda yang terlalu berkait dengan kos korang)

4. So, how you inspire to be a Civil Engineer Consultant as the essay you wrote during the application? (tips: memang masa apply ada essay 300 words. Dia nak specific kerja yang kita nak buat masa dah kerja nanti la. So cerita je semula pasal yang korang tulis essay tu.)

5. Do you apply for ptptn? (For me, my dad yang support fully using his KWSP. so cakap jujur je la adakah korang dapat ptptn ke or guna duit sendiri etc)

7. How do you know about Gamuda? (tips: bagi la interviewer rasa kagum dengan korang.Kasi puji la sikit Gamuda. Tak payah acah-acah pun sebab for Cik, memang GAMUDA sangat bagus.Kinda, Cik obsessed with GAMUDA actually.πŸ˜†)

8. Any questions / anything to say? (tips: terpulang kalau nak tanya apa2, tapi lepas tu bagi la ucapan terima kasih sebab sudi interview bla bla.. bagi appreciation sikit la)

The interview takes about 15 minutes plus minus. Sekejap je cuma bila dah gelabah tu rasa macam bertahun πŸ˜‚. Btw, korang kena selalu check email korang. Setiap hari kasi check. Sebabnya Cik tak check email then terlepas satu scholarship iaitu SIME DARBY. Nak buat macam mana kan. Bukan rezeki Cik. Pengajaran juga supaya selalu check email. Ok, done untuk interview (STAGE 1).

Then, lepas 2 minggu selepas itu Cik dapat email lagi yang Cik layak mengambil Test. Ada 2 test:

1. Factor+ (Lebih kurang tentang personal korang je)

2. Logiks General (Advanced) (Memang mencabar soalan2 dia. Masa sangat singkat, korang boleh explore dekat Google pasal benda ini.Memang soalan dia pening dibuatnya. Sejuk2 tangan menjawabnya takut tak sempat)

Ini STAGE 2. 

Then dalam seminggu lepas tu Cik dapat email yang Cik tak berjaya untuk dapat scholarship. But its ok. Bukan rezeki Cik. Yang penting dapat pengalaman. Berbelit lidah menjawab semua soalan interview in English, Maklumla. Bukan mother tongue. Hahaha. Sampai tersasul pon ada. Tapi ini biasalah basic mana2 scholarship pon even bekerja nanti semunya in English. So, kita kena la prepare kan. 


Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen dibawah atau email Cik terus sebab Cik selalunya check email n tak check sangat blogger ini. heheh

Ok, thank you for reading my blogger. Sampai disini sahaja ya. Assalamualaikum. Bye πŸ‘‹

12 comments:

  1. Terima kasih kontennya kak, sangat bermanfaat.. penulis benar-benar kreatif... thanks.

    EF Adults Kursus Bahasa Inggris Profesional

    ReplyDelete
  2. Wow. Best gila orang share pengalaman dia. Btw, saya di sini sebb tak lama lagi akan ada iv dngn gamuda tak lama lagi hehehe

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Biasiswa ni sponsor fully ke luar negara ke

    ReplyDelete
  5. Maaf. Saya tak pasti. Kerana biasiswa ini setahu saya hanya untuk belajar dalam negara. Maaf jika tersilap.

    ReplyDelete
  6. nak tanya gamuda nk atleast band berapa ya for muet?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak kisah tapi sebaiknya band 4 ke atas dan masa iv tu kena fasih bi

      Delete
  7. hi Cik, saya nak bertanya lebih lanjut (in details) berkaitan dengan the test yang Gamuda buat. Tapi tak jumpa email Cik, mungkin boleh share supaya kita boleh have a chat for that hihi. thankyou

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak.. Sorry saya pun dh lupa detail iv dh awak, sebab dh 2 tahun yg lepas. Sorry taw.

      Delete