Like! Thanks ^_^

Saturday, February 16, 2019

Pengalaman di UKM! UKM Dihatiku ! (kampus Bangi)

Assalamualaikum semua.

Dah lama sangat dah Cik tak update kan? Maafla ye.. Cik busy sikit.. Maklumla baru lepas cuti semester 1 .

Ok..Kali ni Cik nak kongsikan pengalaman Cik di universiti yang Cik belajar sekarang. Alhamdulillah Cik dah habis 1 semester di UKM ni. UKM ni kalau kita nak dapat agak susah sikit sebabnya persaingan . Kalau dapat tu bermaksud korang antara yang bertuah la sebabnya ada banyak  kos yang kena buat interview sama ada melalui lisan dan melalui video. Kalau Cik dapat interview melalui video. Cik sahaja je buat. Alhamdulillah .. rezeki Cik..dapatla.. So, korang buat sahaja yang terbaik ye. Dapat tak dapat tu belakang kira. Tapi mcm post2 sebelum ni la. Masa korang mohon kat UPU tu isikan universiti dan kos yang paling korang nak tu di atas sekali..(tapi kena penuhi kelayakan la ye).Cik letak UKM as 1st choice sbb fikir dekat dengan rumah. Alhamdulillah maybe alasan Cik yang kukuh semasa interview tu Cik dapatla masuk UKM ni.Meletakkan UKM 1st choice antara sebabnya.

Cik tahu mesti ramai yang nak tahu ada apa dengan UKM ni kan? Cik beritahu mengikut pengalaman dan pendapat Cik la ye. Tapi Cik boleh ceritakan tentang 1 kampus sahaja la ye memandangkan Cik ada disini.Huhuhu.. UKM Kampus Bangi adalah kampus induk.So, kalau ada apa2 program besar memang pelajar2 lain yang terlibat daripada kampus2 lain akan naik bas dan bergerak ke kampus Bangi.


Kalau dari pintu satu korang akan nampak dewan besar ni. 



Pada Cik la, Cik sangat bersyukur sebab dapat masuk ke UKM ni. Fasiliti memang lengkap la. Ada bas setiap 30 minit yang akan lalu depan kolej kediaman korang. Ada padang yang banyak. Tapi selebihnya akan diberitahu semasa korang jalani minggu suai kenal mahasiswa...Minggu ni dibuat selama 5 hari pada tahun 2018 la ye. Tahun terkini saya tak pasti. Tapi yang jadi kebanggaan kami di UKM ni adalah team UKM FC.. yup.. siapa2 minat bola tu.. Ha,, support la ye..

Sesi pendaftaran tu pada waktu pagi 2/9/2018 .. Cik terus bergerak ke fakulti dan berdaftar di sana. Cik ada berjumpa dengan mentor Cik. Di UKM ni ada sistem mentor mentee ye. Lepas dah daftar di fakulti Cik brgerak ke Kolej Kediaman. Koleh kediaman ni kita memang tak boleh pilih pun. Di UKM ni ada banyak kolej kediaman antaranya ialah Kolej Ungku Omar ak.a KUO, Kolej Pendeta Za'ba ak.a KPZ, Kolej Ibrahim Yaakub ak.a KIY atau dikenali sebagai Highlanders sebabnya terletak diatas bukit dan banyak lagi kolej yang ada. Tapi korang tak boleh pilih. Bila korang terpilih masuk UKM baru lah korang tahu mana kolej n bilik pon dah siap tersedia untuk korang. 

BTW, pelajar tahun satu tak dibenarkan membawa kereta ye. Motosikal sahaja boleh. Kalau tak silap Cik la. Apa2 pun akan diberitahu nanti. 

Next, Cik nak cerita pasal Kolej Kediaman yang Cik dapat jeng jeng jeng..Ha..


Logo KPZ


KOLEJ PENDETA ZA'BA!! Pelajar disini dikenali sebagai ZA'BARIANS.. 

contoh pic bilik di kpz utk 2 org. Bilik Cik exactly like this. Cumanya tak ada aircond, cadar, bantal n sarung bantal tu. Kena bawa sendiri la ye. Air cond tu tak ada ye. Cuma kipas, lampu, lampu meja dan 2 plak untuk digunakan .. yang lain disediakan adalah rak buku besi kat gambar tu, board merah tu, meja, kerusi, katil, tilam (bantal bawa sendiri taw), n almari baju.


Untuk bilik seorang tu Cik tak pasti macam mana susun aturnya. Tak pernah masuk pula. Yang bestnya KPZ ni ada kafe yang banyak.Korang nak makan apa? western? thai? semua ada. Paling best ada kafe yang 24 jam ye. MYCAFE. Ada juga kafe yang beroperasi sampai 2,3 pagi.So kalau lapar just pergi kafe ye.. Kalau malas.. makan je la maggi kat bilik.Haha.
 KPZ juga ada sediakan penginapan jika korang dari jauh untuk hari pendaftaran tu kan.. Bleh klik link ni la untuk tahu lebih lanjut.


Di UKM ni juga ada hotel.. HOTEL PURI PUJANGGA



Next, Cik nak kongsikan tentang fakulti Cik.. jeng jeng jeng!

FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM  DAN ALAM BINA ak.a FKAB!

tapi fakulti ni ada 2 bangunan ye. 1 untuk pentadbiran dan lagi 1 untuk akademik.

FKAB bangunan pentadbiran. Bila korang nak mendaftar akan ke sini dulu baru la ke kolej kediaman ye. For FKAB students only.Kalau fakulti lain pon korang akan ke fakulti korang la ye. Bangunan ni agak jauh gak kalau ikot laluan bas. Bangunan ni juga terletak bersebelahan dengan Fakulti Undang-undang (FUU). Korang boleh naik bas ZON 2 n ZON 3 untuk ke sini. Ingat tu! Jangan silap bas pula ye.



FKAB bangunan akademik. So kalau korang nak pergi class ada kat sini ye. Ada je class kat bangunan pentadbiran.Tapi tak banyak. Advantage kpd pelajar yang duduk di KPZ sebab ada jalan pintas ke bangunan ni. Di sebelah blok A  ada tangga turun bukit... korang ikut je tangga tu. tak sampai beberapa minit korang akan lintas jalan dan sampai di FKAB ni. Di belakang bangunan ni pula ada kafe yang best . dan korang akan nampak bangunan pentadbiran FKAB dari situ. ada tangga tinggi yang korang boleh naik untuk ke bangunan pentadbiran FKAB. Jalan pintas kalau korang malas nak tunggu bas ke sana.Korang boleh naik bas ZON 2 , 3 n 6 ke sini.



Untuk lebih lanjut boleh ke portal rasmi FKAB -> http://www.ukm.my/jurutera/

Di UKM ni juga ada bas MRT yang lalu. Kalau malas sangat nak tunggu bas UKM yang korang bayar untuk setiap semester tu boleh la naik bas MRT tapi kena pakai Touch n Go (RM1) la ye. Tak free tapi murah la. 

Ok.. Kepada yang nak mohon UKM tu, good luck la ye. Serious best dapat UKM ni.. Tapi terpulang pada korang la ye. Buat interview elok2. Insya Allah rezeki korang dapatla ye. 

Ok, kalau ada apa2 soalan boleh komen di ruangan komen dibawah ye. Nak email pon boleh.Kalau korang nak pm Cik boleh la email Cik nombor phone whatsapp korang ye. Sekian, terima kasih. 

GOODLUCK NEW STUDENTS!!!!!





48 comments:

  1. Assalamualaikum saya tak nak tamya pasa ukm tapi nak tanya psal kmns .. macam mana saya tanya direct ye

    ReplyDelete
  2. Yuran berapa ya untuk course engineering?

    ReplyDelete
  3. Nak tanya orentasi pakai tudung putih lagi ke?

    ReplyDelete
  4. salam kak, sy nak email akak boleh? ni email sy izzahbasiran67@gmail.com

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Salam kak..sya nk tnya kalau FPI ada jugak ke kena interview?

    ReplyDelete
  7. Salam kak..nk tnya kalau FPI ada jugak ke kena interview?

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Hi kak, mcm mna dgn penggunaan bahasa melayu di UKM, ade jga kah yg guna BI mcm dlm pengajaran, buku yg diguna dan persembahan?

    ReplyDelete
  10. Ada sahaja.basicly buku2 in english tp pengajaran dlm malay except in your class have foreigner. Basically depends on the lecturer

    ReplyDelete
  11. Salam kenal.. Saya pun new student kat fkab. Duduk za'ba juga.. Hehehehe

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. So maksud u , kolej Tak boleh pilih jadi uni la yang tentukan, kalau Kita dapat kunci kolej ,Kita Tak boleh tolak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. I guess mana2 universiti pun akan tntukan kolej n bilik. If you tolak. Maybe you also tak dpt bilik lain. Because its already reserved for other students.

      Delete
  14. nak tanya, fakulti sains sosial kat ukm bangi juga kan? saya nak pursue bidang psychology..and boleh tak terangkan pasal yuran, mahal tak? saya tengok yuran penginapan paling murah rm400 kan? hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. kami panggil FSSK di Bangi. Yuran bergantung kepada kos yang awak dapat. Yuran kolej pula bergantung kepada kolej juga. Sebab ada yang mahal, ada yg murah sikit. Yuran penginapan tu Rm400 tu slalunya bilik double. Means 2 orang. Kalau 500+ bilik single. Biasanya bilik single bleh mohon masa tahun 3. Actually 400 tu kira murah sbb saya dulu pernah dok u lain. Mahal. N yuran di ukm juga murah. Even saya amik engineer baru je RM1500 cmtu. If kat u lain selain uitm. Semuanya lagi mahal. Maaf jika ada info yang tersalah.

      Delete
    2. Rm1500 tu termasuk yuran kolej ya. Mcm saya dok UMP dlu pon yuran study not included kolej dh nk Rm2000

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum kak,nak tanya UKM accept tak budak asasi dari uni selain UM dan UIA contohnya UITM,UNISZA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. UKM trima budak asasi uni lain.

      Delete
  17. Assalamualaikum kak, saya nak tanya kalau saya bukan student asasi undang-undang apa persediaan/pengetahuan yang saya kena tahu sebelum interview? thankyou in advance kak.

    ReplyDelete
  18. Mengikut apa yg saya pernah dgr persediaan dari segi MUET perlu dpt band 4 dan akan ada iv situasi seperti di dalam court. Jadi, memg kena belajar betul2 tntg akta2 n etc.

    ReplyDelete
  19. Kak boleh tak terangkan ttg kediaman? sbb ada dgr cerita kene struggle cari kediaman hostel betul ke?or mmng disediakan sampai grad??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kediaman memg diberi daripada tahun 1.kes susah dapat kolej maybe sbb pengurusan tahun lpas2 kerana diambil oleh kolej itu sndiri. Jadi kena berbakti kepada kolej baru la diberi bilik. Tetapi sekarang kolej kediaman di handle oleh PPP. cumanya kena peka apabila pengesahan kolej kediaman kerana ramai yang tak dapat sebab tak sempat sahkan penginapan sem. Jadi, awak jgn risau tntg kolej kerana memg akan diberi dari tahun 1.cumanya kena peka tntg pengesahan kolej pada semester akan datangnya.

      Delete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Hi, akak... boleh x nk tahu tentang transport yg ada kat Ukm selebih lanjut? Kalau boleh akak boleh WhatsApp i eh... sebab ada byk soalan yg ingin tanya akak 😅 014-3611980

    ReplyDelete
  22. Kak saya ada soalan, sbb sya nk masuk ukm boleh x kasi email

    ReplyDelete
  23. Salam nak tanya dekat ukm boleh transfer credit ke?

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  26. Salam kak. Nak tanya, untuk tahun 2 senang ke nak dapat kolej?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je. Saya dah 4 tahun dpt kolej. Jika tak dapat ketika permohonan masih boleh buat rayuan.

      Delete
  27. Hi ! Acc Instagram Ada Tak ? Thank you

    ReplyDelete
  28. Hi kak! saya first year di ukm..tapi risau tentang tempat kediaman di kolej untuk tahun 2. ada tips ke utk jamin dpt tinggal di kolej? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Sekarang tiada jaminan awak. Ada je tahun ni yang tak dapat kolej. Tapi masih boleh buat rayuan. So, dont worry.

      Delete
  29. Hi kak! Saya permohonan kemasukkan ukm melelui ukm espeed. Semasa saya sedang membuat permohonan kat laman web ukm..ia auto isi semester 2. Sekarang saya telah berjaya mendapat tawaran ke ukm tetapi ia adalah semester 2. Kenapa kak? I cannot start with sem 1 is it?

    ReplyDelete
  30. Saya nak Tanya...ada tak budaya berbasikal among students dari Kolej kediaman nak ke kuliah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budaya berbasikal ni memg takda awak. Mostly naik bas, motor atau kereta sebabnya ukm ni kawasan berbukit mostly fakulti jauh dengan tmpt kediaman.

      Delete