Like! Thanks ^_^

Saturday, April 18, 2015

Temuduga Sarjana Muda Sains Senibina

Assalamualaikum kepada semua yang sudi baca blog Cik yang tak seberapa ni.Ok.Hari ni Cik nak kongsi pengalaman Cik pergi ke temuduga Sarjana Muda Sains Senibina di UITM.Actually, semalam Cik pergi. Bertarikhkan 18/4/2015.

Honestly, mula-mula Cik minat gila la bidang Senibina ni.Tapi disebabkan dapat tahu diri ini tidak dianugerahkan bakat untuk mahir dalam melukis jadi Cik agak patah hati juga la kan.Tapi family and kawan-kawan Cik cakap tak apa sebab Cik akan belajar kalau berjaya temuduga tu la kan?

Cik memang tak ada basic apa-apa pun tentang lukisan.Bab2 shading and hatching memang agak low juga la sebab Cik belajar semua tu hanya masa tingkatan 1 hingga 3 sahaja.Main mohon je alih dapat..padan dengan muka sendiri!Hahaha...But its ok because this can be an  experience for me.First time interview?! Imagine it! Kalut juga la tak tahu nak buat apa.Prepare barang2 dan sijil2 pun last day before the day of interview.Memang kalut sangat.Nak kena belajar shading lagi,Macam-macam lg.Memang tak sempat buat awal sebabnya Cik pun bekerja part time sementara tunggu tawaran IPTA.Dpat tahu temuduga hari isnin then kena temu duga pula hari sabtu minggu tu juga.Bayangkan!Memang kalut la even banyak hari kan?Bg yang bekerja tu memang tak sempat langsung.

HARI TEMUDUGA

Cik ingatkan nak datang awal dalam pukul 7 pagi macam tu tapi disebabkan orang yang menghantarnya lambat jadi terpaksa akur jela kan? Alhamdulillah dapat UITM Alor Gajah, Melaka.Kira dekat juga la.Tapi kalau guna bas sebelas (kaki) alamatnya memang tak sampai la. Haha..Disebabkan terlewat datang la dah kalut tak tahu nak pergi mana dengan traffic jam lagi.Biasalah pagi-pagi kan?Bila sampai di UITM pun dah nak hampir pukul 8.30 pagi.Apa lagi, kalut la nak daftar padahal tak ada pendaftaran pun.Just tengok nama sendiri di board yang disediakan.Memang ramai berpusu-pusu nak tengok.Padahal paling membengangkan Cik adalah benda tu tak penting pun.What?! Tak penting! Penat je tunggu orang depan habis tengok nama dia.Dengan lelaki kiri dan kanan Cik.Apa lagi Cik nak cuba lari dari situ la.

Cik terus pergi ke suatu bilik yang sedang mengadakan sesi temuduga lukisan.Tapi diorang dah start dah.Dah penuh dah pun.Tapi itu untuk program lain.Senibina landskap. So, Cik ada jumpa dengan lecturer UITM (maybe) yang lalu disitu dan tanya dia mana tempat temuduga untuk program Cik.Then, dia tunjukkan bilik tu dari jauh.Pergi-pergi bilik tu rupanya temuduga tu dah start.Apa lagi, tebalkan muka untuk tanya,Nasib penjaga interv lukisan tu kata Cik kena tunggu lepas pukul 9.30 sebab setiap sesi interview lukisan adalah 1 jam.

Sambil-sambil tunggu tu jumpa la seorang kawan ni nama dia Siti Ayuni a.k.a Princess Ayuni.She is a very sweet and cute girl.So, sementara tunggu 9.30 menjelma tu cerita macam-macam la.Langsung tak ada kena mengena dengan senibina.Haha..

9.30 pagi

Cik masuk ke bilik untuk interview lukisan.Duduk di tempat yang kita mahu.Dah siap tersusun dah bongkah2 yang perlu Cik dan geng2 Cik lukis.Tough juga la.Sambil-sambil dah habis lukis tu kenalah isi form yang interviwer tu bagi.

10.30 pagi - 1.30 petang

Selesai sudah interview lukisan!Alhamdulillah.Tunggu untuk sesi ke-2 pula untuk interview lisan.Diingatkan kepada pembaca.Anda digalakkan bercakap dalam BAHASA INGGERIS ya!
Tunggu punya tunggu pergh!Ramai dok beratur dan ramai yang duduk bersepah.Hari semakin membahang!Cik just berdiri je sebab seganlah nak duduk bersila di kaki lima.hehe... sampai sakit tumit kaki dibuatnya.

1.30 petang

Interview cakap berehat selama setengah jam kalau nak solat ke makan ke kan?pukul 2 petang interview akan disambung semula.

2 petang - 3 petang

Masih menunggu dan terus menunggu hingga nama dipanggil.

3 petang 

Alhamdulillah..nama Cik yang famous ni dipanggil juga akhirnya!haha..just kidding! Cik dan kawan-kawan Cik pun masuk ke bilik interview dengan rasa nervous yang amat!Entah apa je dia akan tanya kan?Penat menghafal pula tu!Ingat tak ingat je la!Pandai-pandai cover je la.Kawan-kawan Cik yang di interview semuanya girl ok! Best !Tak ada lah malu sangat nanti.Untung sikit la.hehe..Mula-mula ingat temuduga seorang demi seorang tapi disebabkan ramai jadi dibuat serentak 4 orang.Pada waktu awal-awal pagi mereka ambil 2 boys and 2 girls but dah lama-lama tu mereka amik random je.Questions that had been asked to me:

1.Please introduce yourself.

Ceritalah sikit pasal diri dan family.Yang dia tanya Cik adalah What my father do selepas Cik cakap nama ayah cik.

2.Why choose this course as your second choice?

Actually Cik ingatkan yang pilihan-pilihan masa isi kat upu tu tak mempengaruhi.Actually sangat2 mempengaruhi!Cik main letak je pilihan no berapa pun.Ingatkan sama! Rupanya2 situasi dia mcm ni.UPU akan hantar ke tempat yang kita pilihan pertama tu.Kalau kita ditolak oleh universiti tu then hantar ke universiti pilihan kedua pula.Tengok yang mana nak amik kita sebgai pelajar mereka la.

Jawapan Cik: My first choise is dip Civil Engineering in UTHM. bla bla....

Untung kpd geng2 Cik dan geng2 sesi petang.Disebabkan terlalu ramai lagi yang masih belum ditemuduga.Jadinya sesi temuduga dipendekkan.Rasanya tak sampai pun 10 minit.

Tips:

1. bawa semua keperluan yang diperlukan yang telah diberitahu semasa anda mencetak barang keperluan untuk temuduga.

2. pastikan semua salinan dokumen disahkan atau dicop oleh pihak-pihak yang dibenarkan (macam Cik punya disahkan oleh ahli undangan dun kawasan tempat tinggal Cik)

3. baca dan ambil tahu la serba sedikit tentang senibina contohnya arkitek tempatan dan arkitek luar negara, prospek arkitek....)

4. kepada pelajar lukisan kejuteraan atau seni.Anda sangat bertuah!Anda sudah siap sedia dengan basic2 lukisan.Memang gempak2 la lukisan korang nanti kan? Jangan lupa bawa portfolio design or kerja2 lukisan korang semasa ting. 4 dan 5 tu.Tunjukkan kerja-kerja korang tu depan interviewer.

5. Pakai baju sopan dan sedap mata memandang la ye..

6. SENYUM selalu! :)