Like! Thanks ^_^

Sunday, September 17, 2017

CARA-CARA PERTUKARAN KOS / PROGRAM PENGAJIAN

Assalamualaikum n selamat sejahtera semua!! πŸ˜„

For this post, Cik nak kongsi sikit la pengalaman Cik untuk tukar kos.


If macam kes Cik, Cik ada financial problem la.So korang kena state apa sebab korang nak tukar kos ni.Memang sebab kena kukuh la ye.Cik dlu dapat kos double degree di UMP so Cik berurusan dengan pihak GACC (German Academic Career Centre).

FIRSTLY..

Kena buat surat permohonan pertukaran kos.Contohnya:


Surat ni korang kena bawa masa pendaftaran (masa minta dokumen2 yang pihak U minta nnti).If tak boleh tukar kos pada masa tu juga. Korang bawa berjumpa Dekan Fakulti korang .Kepilkan sekali result korang..Result matrik ke diploma ke..Nnti korang akan discuss dengan dekan fakulti.

SECOND...

Bila dekan fakulti korang dah approve.Dekan fakulti korang akn inform kepada pihak yang berkaitan untuk bantu korang tukar kos (as for double degree students, pihak GACC yang akan uruskan).

THIRD...

Pihak berkaitan (cth pihak GACC) akan setkan appointment untuk korang berjumpa dengan Dekan fakulti kos yang korang nk tukar tu.
Kena buat surat gak. Cth:

MENGATAKAN ANDA AKAN BERHENTI JIKA TIDAK DIBERI TUKAR KOS TU SANGAT MENYOKONG ANDA.WAJIB TULIS!




4TH....

Bila dekan fakulti kos yang korang nk tukar tu dah approve then korang kena tunggu jawapan drpd SENAT..SENAT bertanggungjwab untuk beri keputusan nak bagi kita tukar kos or not..

P/S: Ada kes gak bila student dah berhenti then pihak akademik universiti akan offer korang kos yang korang nak tukar tu.Ni Cik tak pasti.Tapi Cik dapat offer macam ni.But Cik tak accept because dah tawar hati nak masuk universiti tu.,..haha..Cik just tunggu utk apply UPU tahun depan sahaja.RESULT MATRIKULASI valid 2 tahun.So, still ada peluang la nak apply lagi kan?Kena betul2 pilih la lepas ni. 



OK Lah.. Sampai sini sahaja post ni.GOOD LUCK kepada sesiapa yang nak tukar kos terutamanya double degree courses.Hope membantu korang la evn sikit.Korang jugak kna slalu whatsapps or berhubung dgn pihak yang berkaitan (cth pihak GACC) untuk tnya sebarang kemusykilan korg .

Kepada sesiapa yang nak pertanyaan kepada Cik boleh la komen di bawah ye... Insya Allah akan dijawab dengan segera.Have a nice day!!!

SAYONARA...



Tuesday, September 12, 2017

Sarjana Muda Kejuruteraan Perniagaan UMP (Universiti Malaysia Pahang)

Assalamualaikum n selamat sejahtera semua!!

Before this entry Cik ada cerita yang Cik dapat tawaran ke kos di atas kan??So,hari ni Cik nak cerita la serba sedikit (actually banyak) pasal Kos seperti yang tertera di tajuk.

APAKAH KEJURUTERAAN PERNIAGAAN?

Jawapan: Pada pendapat Cik la.. Mengikut pengetahuan Cik n seperti yg diberi tahu kepada Cik, kos ini lebih kepada Business.This course is not a pure engineering course ok! If korang nak jadi engineer kena la ambil kos2 macam Kejuruteraan Awam,Kejuruteraan Kimia,Kejuruteraan Mekanikal n so on..
kos yang ambil pure engineering la.

APA YANG BEST KOS NI?

Jawapan: Kos ni adalah kos double degree n ada kerjasama dengan REUTLINGEN UNIVERSITY kat Jerman.So, korang berpeluang dapat sambung belajar di Jerman.N lagi satu, kos ni hanya ada 1 sahaja di Malaysia dan hanya di UMP sahaja!

YURAN?

Jawapan: Cik akan attach pic . So, pendapat Cik is if ibu bapa korang tak mampu nak bayar.Baik lah korang jangan mohon kos2 yang double degree macam kos ni.Kat UMP ada beberapa lagi kos2 yang ada kerjasama luar negera n double degree.So, if korang tak nak bebankan ibu bapa korang.Jangan mohon.Tak berkat taw susahkan mak bapak ni.
Benda ni dah berlaku kepada diri Cik sendiri.Ibu bapa Cik tak mampu nak bayar sebab kos ni memang sangat2 mahal bak kata orang (MAHAL NAK MAMPOS).

Tapi korang kalau minat gak boleh je nak mohon tapi pastikan cukup utk bayar yuran la yek?

Yuran double degree yg akan ke Jerman .LIHAT DGN TELITI!


Yuran utk single degree.4 tahun di Malaysia sahaja.LIHAT DGN TELITI!



BIASISWA ADA TAK?

Jwapan: Biasiswa perlu cari sendiri ya.UMP ada bagi bantuan pendidikan.So korang kena mohon n jalani temuduga la.Ada juga biasiswa Yayasan Bank Rakyat tapi tak ramai yang boleh dapat.So... berjuang la ye if korang betul2 nak kos ni.


IF DAPAT BOLEH TUKAR KOS LAIN TAK?

Jawapan:Boleh sebab hanya kos double degree yang dibenarkan buat pertukaran kos.Tapi korang kena ada alasan yang kukuh la ye.Cth:Masalah kewangan.Korang boleh berhubung dengan pihak GACC (German Academic Career Centre).
Proses pertukaran dalam sebulan atau lebih awal atau lebih lambat.So korang kena jumpa dekan fakulti (tapi kena buat surat dulu ya).Then, dekan akan bagitahu pihak GACC utk uruskan urusan pertukaran kos.Then, pihak GACC akn set kan appointment korang untuk jumpa dengan dekan fakulti kos yang korang nk tukar tu (fakulti lain).Urusan ni hanya boleh dimohon semasa orientasi n seminggu selepas orientasi sahaja.So,korang kena cepat2 mohon tukar kalau tak nnti tiada kekosongan pula.


PESANAN DARI CIK:

SILA ISI UPU KORANG DENGAN BETUL.KOS N UNIVERSITI YANGPALING KORANG NAK SGT2 LETAK DI 1ST CHOICE DLM UPU K!.IF KORANG TAK MAMPU NAK BAYAR KOS INI.JANGAN ....JANGAN MOHON!INI AMARAN! JANGAN MENYESAL DI KEMUDIAN HARI SEBAB TAK MAMPU NAK BAYAR!


ok.. if sapa2 ada pertanyaan..boleh la komen di bawah ye... Insya ALLAH Cik akan balas secepatnya :)

Sekian...terima kasih




Thursday, August 17, 2017

Tawaran ke Program Pengajian Business Engineering

Assalamulaikum..

Hari ni Cik nak cerita sikit la mengenai tajuk di atas.Alhamdulillah Cik ditawarkan ke program pengajian Sarjana Muda Business Engineering.Di UMP (Universiti Malaysia Pahang).Tak sangka pula dapat!!Dah la 1st choice for my UPU haritu.Agak kecewa juga la sebab Cik banyak mohon Civil Engineering tapi tak dapat pula.Cik suka bidang ni actually..Hahaha..

Ok la..back to the story.Program yang Cik dapat ni adalah course double-degree.Program ni juga ada kerjasama dengan Reutlingen University,Jerman.Wowz!!!!2 tahun di Malaysia & 2 tahun lagi di Jerman.

Cik nak cerita lebih pun tak boleh gak sebab tak masuk kuliah lagi.Mendaftar pun Cik belum lagi.Hahaha...

Ok.Stay tuned kalo korang nak tahu apa yang jadi lepas pendaftaran nanti.Cik mendaftar pada 26/8 ni.Gudluck for me ya! 

Tuesday, May 9, 2017

The End Of My Journey In KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN (KMNS)

Mulai pada hari ni bertarikh 9 MEI 2017, Cik sudah pon bergelar EX-KMNS student.Selama 2 tahun 'bertapa' untuk menimba ilmu di kolej ni akhirnya Cik berjaya menamatkannya.YEAH!!!

So, kali ni Cik nk kongsikan lah pengalaman or lebih kepada penerangan serba sikit tentang KMNS ni.Kepada adik-adik yang dapat tawaran di KMNS ni,Tahniah lah ye..heheh πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Kalau korang jumpa pintu depan ni maksudnya "WELCOME TO KMNS WORLD".Tahniah gak sebab berjaya jumpa πŸ˜†


Pintu utama KMNS...

Seperti post sebelum ni.Cik dah pesan pada korang semua jangan risau if korang ditawarkan ke sini sbb kolej ni adalah antara yang TOP kt Malaysia,(walaupun Masya Allah.. bangunannya.. erm..) Kalau korg berjaya dapat..Alhamdulillah..
Ok, facility yang mula2 korang akan nampak lepas masuk je pintu utama ni adalah...

Benda ni x da lah pulak kira cam facility tp korang boleh ar kalau nak selfie kt sini utk kenang kenangan. 😁
Next if korang belok ke sebelah kiri,korang akan jumpa..



Ni condition kt dalam DEWAN MINANGKABAU a.ka dewan yang paling besar kt kolej ni.

Then if korg teruskn lg korg akan jumpa PERPUSTAKAAN PENDETA ZAABA.

perpustakaan pendeta Zaaba


Then if library ni di sebelah kanan korg,korg akan jumpa asrama BLOK A (KLUSTER JAUHARI).Asrama ni adalah untuk perempuan sahaja ye.. haha..

BLOK A = girls only


Erm..others facilities:
Asrama BLOK C (CENDIKIA) = Girls only. Ni asrama yang paling jauh and paling tinggi sbb btul2 atas bukit.



Asrama BLOK B (BESTARI)= Boys only.
Setiap blok ada kafeteria  so, korg boleh beli makanan kt kafeteria yang berdekatan.TAPI...
Mengikut pengetahuan Cik before Cik graduate..Kafeteria untuk blok B dan blok C sudah tamat tempoh kontrak mereka untuk berniaga,Jadi untuk kemasukan baru untuk tahun ni nnti Cik x pasti lah sama ada ada kotrak baru or what.Wallahualam,,doa2 la ade ye sbb kalau kafeteria tersebut still ditutup so korang yang dari blok C dan blok B yang jauh tu akan beli makanan korang di kafe A atau pon kafe D.Kafe D adalah kafe staff..So, korang hanya boleh pergi bila hari bekerja sahaja sebb waktu cuti mereka akan tutup kafe tu. 

OK..korg mesti nak tahu camne situasi bilik korg kan?Ha..cmni!

Bilik ni x de la sekecil yg korg nampak dlm pic atas ni.Ni adalah untuk satu tempat dalam bilik tu je.Ni gak sebelum korg hias.. Nnti korg hiasla kasi kemas n lawa.. ye.. tp susunan perabot tu tak sama dengan batch Cik.So.. nnti korang adjust la ikut suka hati korg ye.Jangan dilupa ye.. Satu bilik akan ada 4 roomates..Yeah!!! Tp tgk gak cmne.. kekadang ada gak yg ada 2 roomates je.. Tak pelah asalkan bukan sorang2..Tidak dilupa.. ampaian ada disediakan untuk setiap bilik.




BLOK TUTORAN 2
BLOK TUTORAN ada 3 bagunan tp Cik kasi gambar satu saja la ye..😁 Yang ada kt pic atas tu blok tutoran 2.Blok tutoran 1 bersambung dengan blok tutoran 2 ni.So korg tak kan sesat punya la.Insya Allah..Tak jauh daripada blok2 tutoran 1 and 2 ni ada blok tutoran 3. Blok tutoran 3 terdiri daripada kelas2 tutoran ,UNIT MATEMATIK dan UNIT SAINS KOMPUTER.Blok tutoran 3 boleh korg boleh  jumpa selepas masuk melalui pintu utama KMNS tapi korg kena belok ke kanan.

Di sini ada disediakan kemudahan-kemudahan yg lain seperti padang bola,ragbi (sama dengan padang bola),court tenis,squash dan paling penting sekali...STOR SUKAN.Yelah.. macam mana nak main kalau tak ada peralatan sukannya.Tapi kepada siapa2 yang rajin nak bawa sendiri tu boleh la gak.Kat stor sukan tu.Ada semua peralatan sukan keculi..Raket badminton.Tu hangpa kena lah bawa sendiri na..Yang bestnya kat KMNS ni gak ada basikal tapi selalunya kita boleh guna masa waktu kokurikulum je.Tu korg boleh bincang dgn cikgu kokurikulum korg nnti ye.. πŸ˜‰

Kemudahan penting untuk tujuan P n P...
Kat KMNS ni ada DK (dewan kuliah) 1, DK 2, DK 3. DK 4, DK 5, DK 6, DK 7, DK 8, dan DK 9.
Yang paling besar adalah DK 1 & DK 2.

Aik.. asyik facilities utk study n sukan je? Untuk facility solat tak de ke?

ADA!..Jangan kuatir ya... Di KMNS ada disediakan SURAU AL-MUTAQEEN
Surau AL-MUTAQEEN (berdekatan dengan padang)


Kalau nak beli barang2 keperluan korg kat mana?Hah! Kat KOPERASI (kitaorg panggil KO-OP)
Koperasi di KMNS ni ada 2.. So bolehlah beli barang korg kat situ ye..sabun ke ape2 ke.. semua ada.TAPI! Dukacitanya dimaklumkan.. semasa batch 2016/2017..semua koperasi dan kedai fotostat sudah pon ditutup sbb tamat kontrak.Wallahulam la kalau korg yang batch baru nnti iaitu batch 2017/2018 ni dah dibuka semula.Doa2lah ye..Selama kitaorg tak ada koperasi ni kitaorg dibenarkan keluar ke speedmart yang berdekatan dgn KMNS.Kalau korg nk masuk KMNS tu nnti mesti korg akan perasan ada stu speedmart kt situ.Begitulah rutin kitaorg stiap hari berkejar kesana nk beli barang..Kesian kan? 😒

Kt sini gak ada Pusat Hal Ehwal Pelajar (H.E.P) Terletak di ONE STOP CENTRE (OSC).


Mesti korg tanya kan OSC tu ape? OSC ni tempat P n P gak..Kat sini pon ada disediakan surau kecil utk solat.Kalau korg tak nak pergi surau yang jauh tu boleh la ke sini.Tapi ramai la kat sini.Sesak sikit.


Ok.Sekian..Erm... kalau korg yang nak tanya something kat Cik.. Boleh la email Cik.Tak pon comment je kat bawah post ni.Insya Allah Cik akan jawab secepat mungkin.

SELAMAT DATANG PELAJAR2 BARU KMNS sesi 2017/2018... SELAMAT MENIMBA ILMU YE 😁

*belajar rajin2 ye adik2 semua..ingt parents..yg pnting ingt ALLAH..Jangan dok nak cari jodoh je.Belajar pndai2.. nnti snang hangpa smua nk minta kos2 yg hangpa nk kt U nnti..Insya Allah..




















Saturday, March 12, 2016

Kolej Matrikulasi NEGERI SEMBILAN!

Assalamualaikum semua!

Dah kira lama gila jugak la CIK tak update blog ni kan? HEHE,,, Maafla yek? Maklumlah sejak bergelar pelajar KMNS or nama saintifik KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN.


OK! 'Aim' untuk post kali ni adalah untuk menguar-uarkan tentang KMNS ni kepada adik-adik yang baru je dapat keputusan SPM 2015.Kepada yang dapat keputusan yang bagus2.Tahniah! Perjalanan hidup yang akan lagi mencabar baru sahaja bermula.YEAH!

Cik adalah batch SPM 2014.So, kira senior la ni kan?Ok2!Back to the main point! KMNS ni terletak di KUALA PILAH ,NEGERI SEMBILAN.KMNS merupakan di antara kolej matrikulasi yang paling tertua.Kolej kedua yang dibina.Masa mula2 masuk KMNS ni memang boleh cerita la yang bangunan... ALLAH... (bangunan lama gak la)

Masa mula2 masuk..Cik kata "what the heck..KMNS?" THEN, ada la seorang cikgu ni cakap "Awak semua patut bersyukur sebab dapat masuk sini sebab KMNS adalah antara kolej matrikulasi yang  top di Malaysia!"WOW! Korang rase? Bila dah lama menetap dan bertapa di sini.Baru ku tahu kenapa KMNS adalah antara yang top sbb kat sini amat menitikberatkan soal pelajaran.Nak lepak?No time to do such things! Study have become half of my life here..KMNS also kolej yang agak ketat peraturannya! BEWARE! Haha... apelah Cik ni.Takut2 kan adik-adik plak.. Hehe.. Tak ada apelah.Korang just perlu behave and do your responsibility as a student here.Tu je.

Kat KMNS ni ada 3 aliran:
a) SCIENCE PST (Program 1 Tahun)
b) SCIENCE PDT (Program 2 Tahun) #Cik dapat ni :)
c) AKAUN

Facilities:
Dataran Perpatih (our assembly site) Besar gak la.
Laboratory! (tempat2 yang selalu penuh dengan students for tutorial class.

Perpustakaan Pendeta Za'Ba (2 tingkat).Tempat yang bagus untuk study.



Yang ni adalah antara facilities yang ada.Ada banyak lagi sebenarnya.Korang boleh melawat ke portal rasmi KMNS untuk tahu banyak lagi tentang KMNS! Feel free to visit these portal : http://www.kmns.matrik.edu.my/

Can u get second intake if x brjaya dapt for first intake?Of course la there is second intake.Jangan berputus asa kalo adik-adik ada yang tak dapat first intake.Buat rayuan. For students who get second intake, korang akan start belajar 2 weeks after the first intake.No need to worry.Lecturers will hold special classes for you. Kepada yang berjaya dapat KMNS! Congrates! Insya Allah kepada adik2 yang SPM batch 2015.Korang boleh jumpa or terserempak dengan Cik kat KMNS nanti sebab Cik become senior here as PDT SCIENCE student. Hopefully we can communicate each other. Feel free to send me email or just comment if you have any question to ask me abaout KMNS. Thank U :)

Assalamualaikum...
   



Saturday, April 18, 2015

Temuduga Sarjana Muda Sains Senibina

Assalamualaikum kepada semua yang sudi baca blog Cik yang tak seberapa ni.Ok.Hari ni Cik nak kongsi pengalaman Cik pergi ke temuduga Sarjana Muda Sains Senibina di UITM.Actually, semalam Cik pergi. Bertarikhkan 18/4/2015.

Honestly, mula-mula Cik minat gila la bidang Senibina ni.Tapi disebabkan dapat tahu diri ini tidak dianugerahkan bakat untuk mahir dalam melukis jadi Cik agak patah hati juga la kan.Tapi family and kawan-kawan Cik cakap tak apa sebab Cik akan belajar kalau berjaya temuduga tu la kan?

Cik memang tak ada basic apa-apa pun tentang lukisan.Bab2 shading and hatching memang agak low juga la sebab Cik belajar semua tu hanya masa tingkatan 1 hingga 3 sahaja.Main mohon je alih dapat..padan dengan muka sendiri!Hahaha...But its ok because this can be an  experience for me.First time interview?! Imagine it! Kalut juga la tak tahu nak buat apa.Prepare barang2 dan sijil2 pun last day before the day of interview.Memang kalut sangat.Nak kena belajar shading lagi,Macam-macam lg.Memang tak sempat buat awal sebabnya Cik pun bekerja part time sementara tunggu tawaran IPTA.Dpat tahu temuduga hari isnin then kena temu duga pula hari sabtu minggu tu juga.Bayangkan!Memang kalut la even banyak hari kan?Bg yang bekerja tu memang tak sempat langsung.

HARI TEMUDUGA

Cik ingatkan nak datang awal dalam pukul 7 pagi macam tu tapi disebabkan orang yang menghantarnya lambat jadi terpaksa akur jela kan? Alhamdulillah dapat UITM Alor Gajah, Melaka.Kira dekat juga la.Tapi kalau guna bas sebelas (kaki) alamatnya memang tak sampai la. Haha..Disebabkan terlewat datang la dah kalut tak tahu nak pergi mana dengan traffic jam lagi.Biasalah pagi-pagi kan?Bila sampai di UITM pun dah nak hampir pukul 8.30 pagi.Apa lagi, kalut la nak daftar padahal tak ada pendaftaran pun.Just tengok nama sendiri di board yang disediakan.Memang ramai berpusu-pusu nak tengok.Padahal paling membengangkan Cik adalah benda tu tak penting pun.What?! Tak penting! Penat je tunggu orang depan habis tengok nama dia.Dengan lelaki kiri dan kanan Cik.Apa lagi Cik nak cuba lari dari situ la.

Cik terus pergi ke suatu bilik yang sedang mengadakan sesi temuduga lukisan.Tapi diorang dah start dah.Dah penuh dah pun.Tapi itu untuk program lain.Senibina landskap. So, Cik ada jumpa dengan lecturer UITM (maybe) yang lalu disitu dan tanya dia mana tempat temuduga untuk program Cik.Then, dia tunjukkan bilik tu dari jauh.Pergi-pergi bilik tu rupanya temuduga tu dah start.Apa lagi, tebalkan muka untuk tanya,Nasib penjaga interv lukisan tu kata Cik kena tunggu lepas pukul 9.30 sebab setiap sesi interview lukisan adalah 1 jam.

Sambil-sambil tunggu tu jumpa la seorang kawan ni nama dia Siti Ayuni a.k.a Princess Ayuni.She is a very sweet and cute girl.So, sementara tunggu 9.30 menjelma tu cerita macam-macam la.Langsung tak ada kena mengena dengan senibina.Haha..

9.30 pagi

Cik masuk ke bilik untuk interview lukisan.Duduk di tempat yang kita mahu.Dah siap tersusun dah bongkah2 yang perlu Cik dan geng2 Cik lukis.Tough juga la.Sambil-sambil dah habis lukis tu kenalah isi form yang interviwer tu bagi.

10.30 pagi - 1.30 petang

Selesai sudah interview lukisan!Alhamdulillah.Tunggu untuk sesi ke-2 pula untuk interview lisan.Diingatkan kepada pembaca.Anda digalakkan bercakap dalam BAHASA INGGERIS ya!
Tunggu punya tunggu pergh!Ramai dok beratur dan ramai yang duduk bersepah.Hari semakin membahang!Cik just berdiri je sebab seganlah nak duduk bersila di kaki lima.hehe... sampai sakit tumit kaki dibuatnya.

1.30 petang

Interview cakap berehat selama setengah jam kalau nak solat ke makan ke kan?pukul 2 petang interview akan disambung semula.

2 petang - 3 petang

Masih menunggu dan terus menunggu hingga nama dipanggil.

3 petang 

Alhamdulillah..nama Cik yang famous ni dipanggil juga akhirnya!haha..just kidding! Cik dan kawan-kawan Cik pun masuk ke bilik interview dengan rasa nervous yang amat!Entah apa je dia akan tanya kan?Penat menghafal pula tu!Ingat tak ingat je la!Pandai-pandai cover je la.Kawan-kawan Cik yang di interview semuanya girl ok! Best !Tak ada lah malu sangat nanti.Untung sikit la.hehe..Mula-mula ingat temuduga seorang demi seorang tapi disebabkan ramai jadi dibuat serentak 4 orang.Pada waktu awal-awal pagi mereka ambil 2 boys and 2 girls but dah lama-lama tu mereka amik random je.Questions that had been asked to me:

1.Please introduce yourself.

Ceritalah sikit pasal diri dan family.Yang dia tanya Cik adalah What my father do selepas Cik cakap nama ayah cik.

2.Why choose this course as your second choice?

Actually Cik ingatkan yang pilihan-pilihan masa isi kat upu tu tak mempengaruhi.Actually sangat2 mempengaruhi!Cik main letak je pilihan no berapa pun.Ingatkan sama! Rupanya2 situasi dia mcm ni.UPU akan hantar ke tempat yang kita pilihan pertama tu.Kalau kita ditolak oleh universiti tu then hantar ke universiti pilihan kedua pula.Tengok yang mana nak amik kita sebgai pelajar mereka la.

Jawapan Cik: My first choise is dip Civil Engineering in UTHM. bla bla....

Untung kpd geng2 Cik dan geng2 sesi petang.Disebabkan terlalu ramai lagi yang masih belum ditemuduga.Jadinya sesi temuduga dipendekkan.Rasanya tak sampai pun 10 minit.

Tips:

1. bawa semua keperluan yang diperlukan yang telah diberitahu semasa anda mencetak barang keperluan untuk temuduga.

2. pastikan semua salinan dokumen disahkan atau dicop oleh pihak-pihak yang dibenarkan (macam Cik punya disahkan oleh ahli undangan dun kawasan tempat tinggal Cik)

3. baca dan ambil tahu la serba sedikit tentang senibina contohnya arkitek tempatan dan arkitek luar negara, prospek arkitek....)

4. kepada pelajar lukisan kejuteraan atau seni.Anda sangat bertuah!Anda sudah siap sedia dengan basic2 lukisan.Memang gempak2 la lukisan korang nanti kan? Jangan lupa bawa portfolio design or kerja2 lukisan korang semasa ting. 4 dan 5 tu.Tunjukkan kerja-kerja korang tu depan interviewer.

5. Pakai baju sopan dan sedap mata memandang la ye..

6. SENYUM selalu! :)




Saturday, December 21, 2013

Designing the Blog!

Assalamualaikum n annyeonghaseyo kepd semua kwn2 Cik yg sudi singgah blog Cik yg x seberapa ni... >.<

Blog ni masih lg dlm pembikinan lg...So, berpinarlah mata Cik tgk semua benda yg kawai kawai gituh! XD
Semua nmpk comel... (*_*) x taw cmne lg nk design blog ni lg... nk buat simple2 je...lg pon x de sapelah nk singgah blog Cik yg x seberapa ni...

Biasalah nmpk pon masih budak2 lg... semua nk nmpak comel je...hehehe... (bdx2 lg ke Cik ni?) -_-*
Perasan joh lebih! Muahahahaha (gelx besar plak)

Harap2 korg suka dgan simple design blog ni ^_^ (peace)

Wassalam...