Assalamualaikum semua.
Dah lama sangat dah Cik tak update kan? Maafla ye.. Cik busy sikit.. Maklumla baru lepas cuti semester 1 .
Ok..Kali ni Cik nak kongsikan pengalaman Cik di universiti yang Cik belajar sekarang. Alhamdulillah Cik dah habis 1 semester di UKM ni. UKM ni kalau kita nak dapat agak susah sikit sebabnya persaingan . Kalau dapat tu bermaksud korang antara yang bertuah la sebabnya ada banyak kos yang kena buat interview sama ada melalui lisan dan melalui video. Kalau Cik dapat interview melalui video. Cik sahaja je buat. Alhamdulillah .. rezeki Cik..dapatla.. So, korang buat sahaja yang terbaik ye. Dapat tak dapat tu belakang kira. Tapi mcm post2 sebelum ni la. Masa korang mohon kat UPU tu isikan universiti dan kos yang paling korang nak tu di atas sekali..(tapi kena penuhi kelayakan la ye).Cik letak UKM as 1st choice sbb fikir dekat dengan rumah. Alhamdulillah maybe alasan Cik yang kukuh semasa interview tu Cik dapatla masuk UKM ni.Meletakkan UKM 1st choice antara sebabnya.
Cik tahu mesti ramai yang nak tahu ada apa dengan UKM ni kan? Cik beritahu mengikut pengalaman dan pendapat Cik la ye. Tapi Cik boleh ceritakan tentang 1 kampus sahaja la ye memandangkan Cik ada disini.Huhuhu.. UKM Kampus Bangi adalah kampus induk.So, kalau ada apa2 program besar memang pelajar2 lain yang terlibat daripada kampus2 lain akan naik bas dan bergerak ke kampus Bangi.

Kalau dari pintu satu korang akan nampak dewan besar ni. |
Pada Cik la, Cik sangat bersyukur sebab dapat masuk ke UKM ni. Fasiliti memang lengkap la. Ada bas setiap 30 minit yang akan lalu depan kolej kediaman korang. Ada padang yang banyak. Tapi selebihnya akan diberitahu semasa korang jalani minggu suai kenal mahasiswa...Minggu ni dibuat selama 5 hari pada tahun 2018 la ye. Tahun terkini saya tak pasti. Tapi yang jadi kebanggaan kami di UKM ni adalah team UKM FC.. yup.. siapa2 minat bola tu.. Ha,, support la ye..
Sesi pendaftaran tu pada waktu pagi 2/9/2018 .. Cik terus bergerak ke fakulti dan berdaftar di sana. Cik ada berjumpa dengan mentor Cik. Di UKM ni ada sistem mentor mentee ye. Lepas dah daftar di fakulti Cik brgerak ke Kolej Kediaman. Koleh kediaman ni kita memang tak boleh pilih pun. Di UKM ni ada banyak kolej kediaman antaranya ialah Kolej Ungku Omar ak.a KUO, Kolej Pendeta Za'ba ak.a KPZ, Kolej Ibrahim Yaakub ak.a KIY atau dikenali sebagai Highlanders sebabnya terletak diatas bukit dan banyak lagi kolej yang ada. Tapi korang tak boleh pilih. Bila korang terpilih masuk UKM baru lah korang tahu mana kolej n bilik pon dah siap tersedia untuk korang.
BTW, pelajar tahun satu tak dibenarkan membawa kereta ye. Motosikal sahaja boleh. Kalau tak silap Cik la. Apa2 pun akan diberitahu nanti.
Next, Cik nak cerita pasal Kolej Kediaman yang Cik dapat jeng jeng jeng..Ha..
Logo KPZ |
KOLEJ PENDETA ZA'BA!! Pelajar disini dikenali sebagai ZA'BARIANS..
Untuk bilik seorang tu Cik tak pasti macam mana susun aturnya. Tak pernah masuk pula. Yang bestnya KPZ ni ada kafe yang banyak.Korang nak makan apa? western? thai? semua ada. Paling best ada kafe yang 24 jam ye. MYCAFE. Ada juga kafe yang beroperasi sampai 2,3 pagi.So kalau lapar just pergi kafe ye.. Kalau malas.. makan je la maggi kat bilik.Haha.
KPZ juga ada sediakan penginapan jika korang dari jauh untuk hari pendaftaran tu kan.. Bleh klik link ni la untuk tahu lebih lanjut.
Di UKM ni juga ada hotel.. HOTEL PURI PUJANGGA
Next, Cik nak kongsikan tentang fakulti Cik.. jeng jeng jeng!
FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM DAN ALAM BINA ak.a FKAB!
tapi fakulti ni ada 2 bangunan ye. 1 untuk pentadbiran dan lagi 1 untuk akademik.
Untuk lebih lanjut boleh ke portal rasmi FKAB -> http://www.ukm.my/jurutera/
Di UKM ni juga ada bas MRT yang lalu. Kalau malas sangat nak tunggu bas UKM yang korang bayar untuk setiap semester tu boleh la naik bas MRT tapi kena pakai Touch n Go (RM1) la ye. Tak free tapi murah la.
Ok.. Kepada yang nak mohon UKM tu, good luck la ye. Serious best dapat UKM ni.. Tapi terpulang pada korang la ye. Buat interview elok2. Insya Allah rezeki korang dapatla ye.
Ok, kalau ada apa2 soalan boleh komen di ruangan komen dibawah ye. Nak email pon boleh.Kalau korang nak pm Cik boleh la email Cik nombor phone whatsapp korang ye. Sekian, terima kasih.
GOODLUCK NEW STUDENTS!!!!!